Melankoli

Punyai personaliti yang bersikap penuh timbangrasa tetapi pendiam. Orang yang sebegini sering dianggap sebagai berfikir terlalu banyak, tetapi seorang yang bertimbang rasa dan berhati-hati. Mereka sangat teratur, sering mengikut jadual atau pun rutin dan terlalu banyak merancang. Mereka juga sangat kreatif dalam bidang puisi dan kesenian. Tambahan, mereka juga seorang yang sensitive. Oleh kerana mereka ini mempunyai sikap yang bertimbang rasa dan juga sensitif, fikiran mereka sering memikirkan tentang tragedy dan keadaan kezaliman di dunia ini, justeru mereka mudah untuk berasa gundah gulana dan berkeadaan resah.

Perkara positif yang mereka punyai ialah mereka ini sangat mengejar kesempurnaan dalam setiap gerak kerja mereka. Mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi. Oleh yang demikian, mereka mengalami masalah untuk merendahkan jangkaan mereka terhadap orang lain. Mereka sangat berdikari dan senang bekerja sendiri kerana hanya mereka yang memahami standard yang mereka tetapkan. Satu perkara negative tentang mereka ialah apabila mereka terlalu fokus terhadap satu-satu perkara, maka mereka dengan mudah melupakan hal-hal yang lain. 

Sikap mereka yang berhati-hati membantu mereka daripada terjebak dalam masalah yang sering dilakukan oleh orang berpersonaliti social. Tetapi dengan sifat yang sama akan menyebabkan mereka ini selalu bertangguh dan kekal dalam fasa perancangan untuk jangka masa yang lama. Orang-orang yang berpersonaliti melankoli gemar elakkan daripada perhatian orang ramai dan suka berada di belakang tabir. Akan tetapi, mereka sebenarnya sukakan penghargaan pada hasil kerja mereka dan juga hasil kreativiti mereka.

Comments

Popular Posts